Sunday, November 23, 2014

Pergelutan

Makilah aku, cercalah aku,
Aku tidak akan melawan.
Jatuhkan aku, fizikal, mental, emosional dan spiritual,
Sebagai manusia pastinya aku akan terkesan.
Cederakan aku, bunuhlah aku, tetap aku biarkan.
Tapi ketahuilah, aku pasti akan bangkit.
Semakin utuh selepas jatuh.
Semakin waja selepas lebur.
Tetap akan ku berdiri tegap.
Semaikan kebencian semahumu,
Hujani keraguan mu pada ku,
Kau lah inspirasi yang aku perlu.
Ketahuilah kamu, kesetiaan ku pada agama, bangsa, tanah air, orang tua dan nenek moyangku adalah tanpa tara.
Kau akan lihat, kau akan lihat.