Makilah aku, cercalah aku,
Aku tidak akan melawan.
Jatuhkan aku, fizikal, mental, emosional dan spiritual,
Sebagai manusia pastinya aku akan terkesan.
Cederakan aku, bunuhlah aku, tetap aku biarkan.
Tapi ketahuilah, aku pasti akan bangkit.
Semakin utuh selepas jatuh.
Semakin waja selepas lebur.
Tetap akan ku berdiri tegap.
Semaikan kebencian semahumu,
Hujani keraguan mu pada ku,
Kau lah inspirasi yang aku perlu.
Ketahuilah kamu, kesetiaan ku pada agama, bangsa, tanah air, orang tua dan nenek moyangku adalah tanpa tara.
Kau akan lihat, kau akan lihat.
Sunday, November 23, 2014
Tuesday, January 28, 2014
Duduk bersendirian mengenang semalam,
Perit nian naluri dicengkam,
Indahnya hari ini tidak ku sedari,
Dek bayangan semalam kembali menghantui.
Perit nian naluri dicengkam,
Indahnya hari ini tidak ku sedari,
Dek bayangan semalam kembali menghantui.
Impian tak kesampaian mengaburi pandangan,
Pemandangan di hadapanku nampak kelam,
Sedangkan fatamorgana itu adalah kepalsu,n.
Mengapa tidak ku kejar realiti.
Sedangkan fatamorgana itu adalah kepalsu,n.
Mengapa tidak ku kejar realiti.
Kelalaian sentiasa mengelambui hati,
Menggelapkan mata membutakan hati,
Kepada Ilahi ku pohon cahaya,
Keluarkan aku dari kegelapan ini.
Menggelapkan mata membutakan hati,
Kepada Ilahi ku pohon cahaya,
Keluarkan aku dari kegelapan ini.
Keyakinan ku hanya pada Yang Satu.
Persisten azam pacu ke hadapan,
Meraih kejayaan dunia akhirat,
Tidak akan pernah lagi toleh ke belakang.
Persisten azam pacu ke hadapan,
Meraih kejayaan dunia akhirat,
Tidak akan pernah lagi toleh ke belakang.
Sunday, January 26, 2014
Dugaan Mematangkan
Sabarlah wahai hati
Hiba mu bersendiri
Tiada teman mendampingi
Tanpa penawar mengubati
Hiba mu bersendiri
Tiada teman mendampingi
Tanpa penawar mengubati
Sabarlah wahai hati
Sepi mu tiada teman
Luka mu tak terawat
Lara mu tak tertahan
Parahnya bertambah kuat.
Sepi mu tiada teman
Luka mu tak terawat
Lara mu tak tertahan
Parahnya bertambah kuat.
Wahai hati
Tabahkan dirimu
Walau apa pun yang kau temu,
Jangan kamu jemu.
Seriap kali kau jatuh,
Bangunlah dengan sabar
Luka mu akan sembuh
Sayap mu kian lebar
Tabahkan dirimu
Walau apa pun yang kau temu,
Jangan kamu jemu.
Seriap kali kau jatuh,
Bangunlah dengan sabar
Luka mu akan sembuh
Sayap mu kian lebar
Ketahuilah kamu wahai hati,
Tiada lah kekuatan tanpa dugaan.
Ibarat air sungai mengalir.
Tiada gusar akan batu, liku dan halangan.
Tiada lah kekuatan tanpa dugaan.
Ibarat air sungai mengalir.
Tiada gusar akan batu, liku dan halangan.
Sabarlah kamu,
Cari lah keberkatan kesabaran,
Ibarat pelangi selepas hujan,
Tamaklah kamu pada dua benda,
Pada ilmu dan keredhaan Tuhan.
Maha Pencipta Maha berkuasa,
Adalah sebaik-baik pertolongan.
Cari lah keberkatan kesabaran,
Ibarat pelangi selepas hujan,
Tamaklah kamu pada dua benda,
Pada ilmu dan keredhaan Tuhan.
Maha Pencipta Maha berkuasa,
Adalah sebaik-baik pertolongan.
Subscribe to:
Posts (Atom)